Thursday, September 26, 2013

Kaedah Penyusuan dan Posisi Penyusuan Bayi

Di sini mama ingin berkongsi posisi-posisi penyusuan yang ada bagi rujukan puan2 sekalian.. gambar mama amek dari en Google yang amat bermurah hati gitew heheh

* Cara penyusuan yang betul adalah dengan membenarkan keseluruhan atau sebahagian kawasan areola (kawasan gelap tu) dirangkumi oleh mulut bayi kita baru lah susu dapat dialir sepenuhnya... erkkk kenyang sudah Alhamdulillah...

En google cakap;
1. Pastikan anda selesa (duduk / baring).
2. Pegang bayi rapat, keseluruhan badan bayi menghadap anda (perut bertemu perut).
3. Sentuh puting anda ke mulut bayi. Tunggu sehingga ia membuka mulut dengan luas seperti menguap, masukkan tampok hitam (aerola) ke mulut bayi.
4. Dagu bayi menyentuh payudara.
5. Kedengaran bunyi bayi menelan
.


Kelebihan Breastfeeding (BF) Kepada Ibu dan Bayi

selingan jub....
Anak Mama yang pakai baju hijau, namanyer Luqman Nur Hakim, yang kat tengah sepupu dia Adam Harris, dan yang paling embam tu sepupu perempuan Ain Safiya

Di sini mama ingin berkongsi kelebihan pemberian ASI (air susu ibu) secara kerap kepada ibu dan juga bayi, mama listkan sahaja ya bagi mudah korang nak faham

Kepada si IBU

  • mengurangkan bengkak susu
  • mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
  • menguruskan badan - kalau kena diet korang
  • menghilangkan stress
  • membantu menjarakkan kehamilan - tang ni mama tak pasti pulak
  • mengurangkan risiko kena barah payudara
  • mempercepatkan proses kecut balik kita nyer peranakan

Kepada Bayi
  • susu ibu mengandungi antibodi yang diperlukan bayi untuk melawan pelbagai penyakit
  • mempunyai kandungan DHA yang tinggi - mana2 susu formular pun tak leh lawan tau
  • menpunyai anti alergik - kadang2 kalau minum susu formular ada bayi yang tak boleh terima protein lembu, etc
  • eratkan kasih sayang - lebih rapat dengan kita

ehhh lupa nak cakap yang paling best kan susu ibu ni tak perlu DUIT.... FREE jew jimat sikit kewangan kita kan.. macam mama ni masih lagi di tahun akhir tinggal 2 sem je lagi nak abes belajar so terpaksa anta anak kat pengasuh .... kena la simpan stok susu banyak2 utk anak mama yang embam tu... kadang-kadang tu penat jugak n takda masa tapi mama tak nak mengalah demi anak mama tersayang.....yer korang pun mesti semangat sikit "ASI utk semua!!" heheh

apa lagi yer ada sapa2 yang boleh tambah hihih ni mama tulis apa yang mama tau jer ni

Petua Hilangkan Hamis Kambing


Assalammualaikum semua..

Hari ini Mama ingin berkongsi petua untuk menghilangkan bau hamis pada kambing, Mama tau pasti ada pengemar kambing yang memang excited bila dengar KAMBING. Mama ni takdelah terkategori sebagai pengemar tegar tapi boleh layanz la jugak. Bila teringin nak makan gulai kambing mesti Mama pi ajak en abg pi kedai mamak.. pekena kari kambing dan roti canai, sepinggan kecik tu harga dalam RM6.00.. 

Baru-baru ni en abg beli daging kambing dan suruh Mama masak, Mama memang tak pernah masak kambing lagi kan pula tak tau macam mana nak hilangkan bau kambing yang semerbak harum tu. Pelbagai cara Mama buat tuk cover bau tu Mula tu mama ingat boleh la hilang bau dengan rebus daging bersama limau, segala jenis bawang, serai bagai tapi hahah setelah lama mengelegak bau semerbak tu naik buat Mama rimas dan akhirnya berjaya juga setelah bertanya en google yang amat perihatin ni acehhh cehh cehh

Rupa-rupanya untuk menghilangkan bau hamis ada cara yang mudah dah ternyata berkesan.. hanya lumurkan daging dengan tepung gandum... perap lama sikit paling sekejab pun 1/2 jam pastu basuh bersih than lumur pulak ngan asam limau tak kira la limau apa pun asalkan limau heheh..

Mama tak sempat nak ambil gambar mungkin lain kali mama ambil gambar utk bagi view yang lebih jelas cara2 nak hilangkan bau hamis ni yer...

Daging kambing tu Mama masak ikut suka hati guna bahan2 yang ada di dapur hihi n di gabung pula dengan nasi minyak ala Mama n Coslow..

ni Resepi nasi minyak
3 cawan beras basmathi - mama guna yang panjang2 gitu
3 sudu besar minyak sapi - guna GHEE
3 ulas bawang putih - kasik halus
3 ulas bawang kecik - kasik halus
1 labu bawang besar - cincang kasar
1 inci halia - ketuk2 sikit
kismis - ikut suka
4 rempah yang sekawan tu - satu kayu manis, satu bunga lawang, 4 bunga cengkih, 4 buah pelaga

caranya;
-basuh beras rendam kejab 30minit pun okay
-panaskan kuali masukan GHEE bila GHEE dah panas masuk 4 rempah sekawan tu, n bahan2 lain kecuali beras sampailah dia naik bau.....
-bila semua dah sebati masukan pulak beras yang dah ditos kering.. kacau rata dengan api yg pelahan (tujuan nya tuk dapatkan nasi yang butir2 satu2 tu..)
-kemudian masak macam biasa kat rice cooker masukan 3 cawan setengah air (tambah garam bagi tambah rasa kalau dak tawar je la alamatnyer...) nak bagi wangi masukan daun salam dan juga daun pandan...

Resepi Coslow
Kobis
Carrot
Mayoniss
Sedikit Garam
Sedikit Peran Lemon
Sedikit Gula
semua bahan ni ikut suka korang la nak letak banyak mana... taraaaa dah siap.... resepi gulai kambing biarlah rasia heheh